sayangnya Allah pada perempuan ♥







Siapa kata jadi perempuan tu SENANG ?
Nak kena tutup sana , tutup sini
Tengok budak lelaki , pakai baju pagoda pon orang tkbising
Perempuan , stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem tktahan bertutup semua
Tapi , perempuan cool je
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah , hebat kan perempuan ?


Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
Tiap tiap bulan , mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh , masa tengah jalan tu nak je meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber je
Kadang kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi , perempuan hidup berpuluh puluh tahun dgn penyakit
tiap tiap bulan , survive je
Tengah tengah sakit pon boleh senyum lagi sampai
orang pon tk perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan ?


Siapa kata jadi perempuan tu senang ?
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat je sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat je pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan



Siapa yg paling teruk menangis ?


Perempuan kan ? lelaki boleh gelak gelak lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat kan perempuan ?


Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah ,
ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap , Allah tk adil


Kenapa Allah lebihkan lelaki ?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami ?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami ?


Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang , nak jaga 10 anak lelaki,
tk susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni ,
ramai perempuan perempuan kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan
alasan , 'lelaki tk payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya
dengan janji manis kekasih yg busuk hati


Kesian kan kat diorang ?
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah ,
diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah tk adil


Persoalannya sekarang
Betul ke Allah tk adil dengan perempuan ?
Betul , syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi , cuba ingat balik , syurga seorang anak lelaki
terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya ?
Betul , isteri kena ikut cakap suami
Tapi , seorang anak lelaki kena taat pada ibunya
3 kali lebih utama daripada ayahnya .


tk adil lagikah Allah pada perempuan ?
Allah bukan setakat adil , tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki , syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan , ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah , hebatnya perempuan kan ?


Kenapa perempuan hebat ? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat


Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan ?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH ,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang tk sayang Allah tu dekat perempuan ,
sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia




Tengok pula , bila seorang lelaki berjaya .


Orang akan cakap :
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'


Kita tk pernah dengar orang cakap :




'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'


Kan ? Hebat tk Allah jadikan perempuan tu ?


Masih tk adil lagikah Allah dekat perempuan ?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga



Tengok hadis ni :




"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu ,
berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami ,
dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai ."


(Hadis Riwayat Ahmad)




tk adil lagikah Allah dekat perempuan ?




Oh perempuan , sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi , kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana
fikiran fikiran negatif yg tk berasas dekat Allah ?


Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang , dunia yg besar ni , dunia yg cantik ni , kita jadi hiasan
Dan seindah indah hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan ?



♥ Sekadar Perkongsian bersama =)


~ Wahai kaum adam . Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu .
Bimbinglah dia , Kalau silap langkahnya , Adam pun turut dapat
nama di akhirat kelak . Adam tegur Hawa dengan cara yang baik
dan kena dengan caranya . Didiklah dia menjadi wanita solehah krn
dia adalah dari tulang rusukmu . Lindungi dia dari fitnah dunia .~


Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk
disayangi dan dilindungi .

˙·٠•● ❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤ ˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤˙·٠•●❤
Terima Kasih Sudi Baca :)